Karnival E-pembelajaran Universiti Peringkat Antarabangsa 2017 (IUCEL2017)

posted in: Event & Latest News | 0

Pada 26 sehingga 27 September 2017 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai telah berlangsungnya Karnival E-pembelajaran Universiti Peringkat Antarabangsa 2017 (IUCEL2017). IUCEL 2017 ini adalah anjuran USIM dengan kerja sama Jabatan Pengajian Tinggi serta Majlis E-pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) diadakan dengan objektif berikut

1. Sebagai platform untuk mempromosikan aplikasi praktikal e-pembelajaran dan blended learning kepada semua institusi yang akan disertai oleh IPT;

2. Sebagai platform kepada pelajar, ahli akademik, pihak industri dan orang ramai untuk berkongsi dan memperkenalkan produk e-pembelajaran yang terkini; dan

3. Sebagai platform rasmi untuk pengiktirafan dan penganugerahan kepada pencapaian dan amalan terbaik di dalam e-pembelajaran.

Karnival ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu pameran, pertandingan dan pengiktirafan anugerah.

E-One Technology telah mengambil insiatif untuk menyertai pameran tersebut bagi mempromosi kan produk. Antara solusi dan produk yang dipamerkan adalah SWIPE WePresent, VC 6000, Micro-lecture, dan NP 6000. Semua produk yang dipamerkan adalah alat berasaskan e-pembelajaran untuk membantu memperkasakan Kelas Pembelajaran Pintar Abad ke-21.

Sukacita dimaklumkan, booth E-One juga turut dilawati oleh YAB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh dan beliau telah diterangkan mengenai konsep Kelas Pembelajaran Pintar Abad ke-21 serta SWIPE 2.0. oleh Pengarah Urusan E-One Technology, En. Johnson Lew.