KAJIAN KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEBERKESANAN APLIKASI SWIPE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

posted in: Event & Latest News | 0


image1


Kajian Terhadap SWIPE oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pada adab ini, negara semakin utuh dengan adanya pelbagai teknologi yang telah direka oleh manusia bagi memudahkan kehidupan harian. Ini secara tidak langsung melibatkan sektor pendidikan, di mana generasi-generasi baru perlu diberikan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan, untuk mereka membawa negara Malaysia ke pentas dunia. Oleh yang demikian, SWIPE (Smart Interactive Presentation and Education System) telah diperkenalkan kepada unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di semua sektor pendidikan di Malaysia, yang mana di pasarkan oleh sebuah syarikat di Malaysia iaitu E-One Technology Sdn. Bhd.


Satu kajian terhadap “Kebolehpercayaan dan Keberkesanan Aplikasi SWIPE dalam Pengajaran dan Pembelajaran” telah dilaksanakan oleh Prof Madya Dr. Noor Shah Saad (Ketua), Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah dan Puan Noor Rafidah Zainal dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Kajian ini melibatkan 126 responden yang terdiri daripada 49 orang pelajar lelaki dan 77 orang pelajar perempuan dan sebanyak empat kelas dipilih berdasarkan subjek yang telah ditentukan iaitu Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains. Di dalam kajian ini, pelajar akan diminta untuk mengisi soal selidik berkaitan kesediaan dan keberkesanan penggunaan SWIPE dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Jesteru itu, hasil dari kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa nilai kebolehpercayaan 0.847 adalah tinggi terhadap penggunaan SWIPE dan kesan yang positif kepada lima atribut yang dikaji adalah:



1. Motivasi kendiri dalaman,
2. Motivasi kendiri luaran,
3. Kerjasama,
4. Cara pembelajaran dan
5. Kemahiran persembahan dalam pengajaran dan pembelajran

Kesimpulannya, SWIPE adalah alat media interaktif yang amat sesuai diaplikasikan dan diperkembangkan pengunaannya didalam sistem pengajaran dan pembelajaran sama ada di sekolah-sekolah mahu pun di institusi pengajian tinggia awam dan swasta (IPTA & IPTS) di Malaysia.